About Us

SIAPA KITA?

Mommyzone adalah satu syarikat yang menyediakan lebih daripada 20 jenis breast pump yang BERJENAMA dan BERKUALITI pada harga yang sangat BERPATUTAN.

Selain itu juga, kita sediakan pelbagai barangan keperluan yang lain bagi menjayakan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia dan juga membantu untuk menyebarkan tentang kelebihan dan keperluan untuk menyusukan bayi di dalam masyarakat secara amnya.

Kita telah lama bertapak di Malaysia sejak 2012 (di mana sebelum ini ia bermula dengan Hafsah Collection) dan ia berkembang setiap hari sehingga ke hari ini.

Kita juga berkongsi maklumat berkaitan penyusuan susu ibu sebab setiap ibu tidak sama, jadi tiada satu penyelesaian yang sama utk selesaikan semua masalah yang dihadapi dalam penyusuan bayi.

Disebabkan perbezaan individu dan kepelbagaian faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu, kita di Mommyzone menyediakan lebih daripada 20“tester”supaya ibu boleh mencuba dahulu dalam membuat pemilihan breast pump yang paling sesuai. Oleh itu, ibu dapat pilih pam yang paling terbaik buat dirinya dengan harga yang sangat berpatutan.

Kita harap dengan semua produk yang ada di Mommyzone dapat menjayakan misi penyusuan susu ibu dengan LEBIH MUDAH terutama bagi ibu yang bekerja.

 

VISI

Mommyzone adalah kedai breast pump No.1 yang menyediakan barangan keperluan ibu menyusu di seluruh Malaysia dan seterusnya meningkatkan kesedaran untuk menyusukan bayi di kalangan para ibu khususnya ibu yang bekerja.

 

MISI

Mommyzone adalah “Pusat Penyusuan No.1”  dimana kita menyediakan lebih daripada 20 model breastpump yang boleh dicuba oleh para ibu dalam membuat pemilihan breastpump yang terbaik dengan harga yang berpatutan dalam menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya, sekurang-kurangnya dalam 6 bulan yang pertama. Di samping itu juga terdapat pelbagai barangan yang lain disediakan dalam memberi sokongan untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. Kita berharap lebih ramai lagi para ibu mendapat kesedaran untuk menyusukan bayi dan dalam masa yang sama membuat pemilihan breastpump yang betul.

​​
Kenapa pilih kita?

Quality Control

Kita hanya menyediakan barangan berkualiti dan kita akan pastikan pelanggan dapat kualiti yang terbaik daripada kita.


Mesra pelanggan
Kita akan pastikan pelanggan selesa sepanjang pembelian . Jika pelanggan memerlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan, kita akan beri bantuan dan sokongan sebaik mungkin

Cara hubungi?

If Jika ada sebarang Jika ada sebarang pertanyaan atau komen, sila hubungi kita di mommyzone4@gmail.com  atau whatsapp  0194699293. Kita akan beri maklum balas dalam tempoh 24 jam.